KONSEP NEGARA
- Sebuah masyarakat yang mediami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah .
- Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan juga mempunyai kedaulatan politik dan pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain .
- Rakyat juga memiliki taraf kewarganeraan yang sah menurut undang undang .
- Terdapat beberapa elemen untuk membentukkan sebuah negara iaitu Kedaulatan , Wilayah (sempadan) , Kerajaan dan Penduduk (rakyat atau populasi)
- Marx (1818-1883) dan Weber (1864-1920) memperincikan ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara merangkumi adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan .
- Dahl (1983) yang terpengaruh dengan Weber mendefinisikan negara sebagai satu sistem politik yang didirikan oleh sekumpulan manusia yang menetap dalam sesebuah wilayah dan membentuk kerajaan sah yang memerintah wilayah tersebut.
- Giddens (1987) - negara sebagai sebuah organisasi politik yang berkuasa memerintah sesebuah wilayah tertentu dan boleh menggunakan pelbagai kaedah termasuk dengan cara kekerasan bagi mengekalkan sesuatu peraturan.
Comments
Post a Comment