KONSEP BANGSA

  KONSEP BANGSA

  •        Daripada dimensi sejarah, istilah bangsa berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud lahir’. Ia merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu yang membawa kepada pembentukan satu kumpulan besar manusia.
  •       Penggunaan istilah bangsa ini cukup meluas dan membawa makna yang rencam. Biasanya istilah bangsa digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti.
  •        Sekumpulan besar manusia membentuk sebuah bangsa biasanya melalui keterikatan hubungan darah dan keturunan. Penggunaan bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. 
  •        Ada sesetangah sarjana melihat bangsa itu dalam konteks yang mempunyai kepentingan kaum dan etnografi.
  •     Mereka berpandangan bahawa bangsa itu lahir daripada sekumpulan besar manusia yang bersatu melalui keturunan dan penggunaan bahasa yang sama, yakni dalam satu kelompok yang sama.
  •       Benedict Anderson pula mentakrifkan bangsa sebagai sebuah imagined political community’.





  •  
       Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan .
  •     Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya dan sejarah.
  •   Seringkali ikatan bangsa dikaitkan dengan pertalian darah, kekeluargaan, etnik, budaya, agama   dan wilayah.
  •    Walaupun wujud pelbagai perspektif, sentimen yang membentuk bangsa ialah perasaan kebersamaan .
  •    Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan bersama dalam sesebuah negara.


Comments