ETOS BANGSA: ETNIK, NASIONALISME DAN BANGSA
- Perkataan etos ini telah mula digunakan sejak zaman Greek lagi, iaitu berasal daripada perkataan etika, sikap, keperibadian, watak, karakter, serta keyakinan atas sesuatu perkara yang boleh dikatakan satu konsep umum tanpa definisi yang formal.
- Mansor etos bermaksud pandangan hidup yang khas suatu golongan sosial yang didasarkan kepada sifat, nilai adat-istiadat yang memberi watak dalam masyarakat.
- Istilah etos bangsa merujuk kepada nilai-nilai khas, tradisi, identiti dan wawasan masa depan (atau takdir) sesebuah bangsa.
ETOS NASIONAL
• Tun Dr. Mahathir Mohamad (1992) telah mengemukakan etos bangsa . Etos nasional adalah ‘ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat rakyat dengan negara’ melalui perkongsian nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti bersama Mohd Mahadee Ismail, 2015.
ETOS SIMBOLISME BANGSA MALAYSIA
- Walaupun konsep identiti nasional, kebangsaan dan etos bangsa dikaitkan dengan bangsa, mengukurnya adalah sulit dan hanya dapat dipantau bentuk dan intensitinya di negara itu.
- Setiap bangsa memiliki warisan etos-simbolisme dalam jangka pensejarahan panjang seperti bendara, bahasa, pakaian, makanan, muzik, tarian, arkitek bangunan, batu nisan, kerabat diraja, pahlawan, buku sekolah dan keselamatan negara, dan sebagainya sebagai asas bangsanya.
Comments
Post a Comment