PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DAN BENTUK NEGARA BANGSA


PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

  •  Malaysia diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, dan lahirnya sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa.
   
  • Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, wujudnya negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia.
  • Struktur sistem negara-bangsa memerlukan promosi kepentingan sendiri sahaja tanpa melibatkan kepentingan pihak lain. 
  • Bagi aliran yang berfahaman liberal dan sosialis, negara-bangsa adalah satu usaha untuk membentuk kesetiaan dan ketaatan sivik yang sempurnamanakala bagi fahaman konservatif dan nasionalis pula, ia adalah berdasarkan kepada etnik atau satu bentuk perpaduan organik .

  


 1.Satu bangsa satu negara

  •  Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras dengan membentuk bangsa dan melahirkan satu negara.
  •  Ia telah melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contohnya, bangsa Jepun membentuk negara Jepun, bangsa Jerman membentuk negara German.

2.Bangsa tanpa negara

  •  Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri.
  •  Misalnya, bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand, mereka mempunyai identiti bangsa tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang Thai.
  •    Bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini berjaya membentuk wilayah autonomi  Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf dalam peta dunia.   

3.Negara tanpa bangsa

  •  Senario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah negara yang diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi identiti bangsa yang dibina.
  • Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kumpulan etnik yang mengekalkan identiti masing-masing.
  •  Satu Bangsa Malaysia masih belum terbina.



BENTUK NEGARA BANGSA 

  • Setiap negara bangsa memiliki kumpulan etnik asal yang membina dinasti, empayar dan negara bangsa mereka.
  • Namun begitu, dengan penghijrahan, perkembangan kapitalisme dan penjajahan, geo-politik negara telah mengalami perubahan melalui perjanjian dan penaklukan semenjak abad ke1hingga abad ke-6.
  • Dalam pergolakkan geo-politik dunia ini, dua bentuk negara bangsa dapat dikenal pasti, iaitu, negara bangsa tamu dan negara bangsa settler .
  • Dalam negara bangsa tamu seperti Jerman, United Kingdom, Perancis, China, India, Thailand, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka, Brunei, Filipina, Malaysia dan sebagainya, wilayahnya diduduki oleh kumpulan etnik asal.
  • Hegemoni politik menjadi amalan adalah dimana anak watan diperakui dan diterima. Walaupun negara ini memiliki komuniti migran dari negara-negara lain, mereka akan bernaung di bawah payung anak watan di situ.
  • Manakala dalam bentuk negara bangsa settler seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Singapura dan sebagainya, komuniti migran yang menduduki negara itu telah meminggirkan, meletak di tanah-tanah rezab dan ada yang menghapuskan anak-anak watan asalnya dengan pemilikan tanah, penguasaan ekonomi dan politik oleh komuniti settler ini, kedudukan anak watan tidak diperakui dan diterima dan hegemoni politik diganti dengan kumpulan etnik yang menguasai ekonomi dan politik seperti WASP.


Comments