NEGARA BANGSA MALAYA MALAYSIA INTEGRASI
- Hegemoni politik memperakui dan menerima anak watan dan komuniti migran diberikan kerakyatan negara.
- Perlembagaan mencerminkan kenyataan sejarah panjang di mana Melayu, Islam, Bahasa Melayu, Raja dan AKTA 153 kedudukan Melayu dalam negara dijadikan PASAK Perlembagaan.
- Minoriti lain diikat di TAPAK INTEGRASI di mana Yang DiPertuan Agong simbol perpaduan negara, Islam agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan tetapi bahasa ibunda lain boleh dipelajari, dan AKTA 153 YDPA menjamin kepentingan minoriti lain.
- Apabila Malaysia dibentuk rakyat Sabah dan Sarawak diperakui sebagai Bumiputera dan dijadikan sebahagian PASAK negara bangsa bersama Melayu .
KEPELBAGAIAN IDEA " BANGSA IDAMAN "
- Shamsul AB (1996) melalui konsep nation of intent berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah a project work in progress dan sentiasa berlaku contestation bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia.
- Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu dan konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam, dan akhir sekali konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu.
- Konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu. Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan.
- Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identiti nasional sepunya.
- Melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu) dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir Mohamad).
- Pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia.
- Wujudnya konsep seperti Sabah for Sabahan, dan Sarawak for Sarawakian.
- Menurut Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan sosial media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum.
- Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS.
- Aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic”.
- Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun, menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam dikotomi yang negatif, bukannya positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.
Comments
Post a Comment